Sunday, July 18, 2010

nasibku

salam semua satu Malaysia
ini ada satu cherita
satu hari chekgu mengajar seperti biasa
penuh dedikasi mengendong buku rekod menaiki tangga
menuju ke kelas 2se3
mendengar 2se3 semua jadi tak suka
bukannya apa, kelas last tak tahu apa
tapi demi tugas chekgu pon redho
mahu mengajar sepenuh jiwa raga
melangkah ke kelas seperti ada pesta
terpekik terlolong mengalahkan histeria
chekgu yang kecik depa tak heran apa
chekgu dedikasi serahkan bahan kepada semua
kertas dipandang tak ada harga
dibuat pulak bola, jet segala
habis dibaling kena kepala
chekgu pon bengang darah naik kepala
si tinggi dan si hensem akan ku denda
mari kamu berdua... ikut chekgu jumpa cikgu disiplin hangpa
punya la degil 2..2 tak ikut serta
hanya chekgu yang turun menanti tak kunjung tiba
chekgu pon pegi ke kelas semula
terkezut chekgu dua org tgh bertumbuk sesama mereka
chekgu kecik panik tak tekira
berlari untuk meleraikan keduanya
chekgu masuk di tengah2 mereka
nasib baik chekgu tak kena debik sama
masa pon habis x jadi mengajaq apa
kerana dua orang ini punya angkara
habis semua 2se3
ini kisah chekgu kecik dan anak - anak muridnya
sangat sukar mengajar mereka
tapi chekgu tak menyesal apa
kerana chekgu kasihankan mereka
mereka pewaris negara kita
sekian saja seloka sesaja
dar chekgu kecik ibu beranak dua..

No comments: