Showing posts with label Kisah Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Kisah Keluarga. Show all posts

Friday, March 18, 2011

hunny bunny...mama sayang kamu

dulu masa belum kawin...tak tahu macam mana feel ada anak...
bila dah ada anak...ya Allah.....
kalau dunia ni luas...sayang saya lagi luas...
mereka matahari saya, mereka bintang kejora saya, pelangi saya, nyawa saya......
sangat heran bila ada mak yang tak sayang anak
hello.....kucing pun sayang anak tau...


cinta hati sulung kami....
suka makan mushroom soup.....sushi....spaghetti....
sekarang addict ben10 pulak...
dah tahu kepentingan pergi sekolah
rajin pulak buat homework..
hope kekal la sampai besar....


si adik ucuk.....
selera betul makan...
tak kisah ape pun janji makanan memang tak boleh tinggal
dah tu perkataan pertama bukan mama ke babah ker...
tapi 'na..nak' :)
emmm....sayang...jangan obes dah la ye...


sayang..sayang..sayang.........
semoga anak-anak mama akan jadi orang soleh....
bahagia dunia akhirat....
amin.....

Tuesday, December 7, 2010

hubby outstation

hari ni mr hubby pegi outstation....
will miss him lot...
dah tu anak-anak pulak tak sihat..
cubaan betul..
so merempatlah aku di rumah mak
nasib baik kat sini banyak babysister..
.
.
.
.
.
.
.
the most happiest person is Fawwaz...
dapat Bunny baru....gifted from tok..
to my hubby...
semoga selamat pergi dan balik...amin...

Thursday, July 8, 2010

mc lagi

awak suka ke kalau awak dapat mc??mana suka betul tak sebab mc tu petanda awak tak sihat @ sakit @ buat-buat sakit...tapi kalau aku mc itu mmg tandanya badanku ini kurenng sihat @ cukup kuat untuk mengadap muka bebudak di sekolah itu...slalunya akan berada di dalam bilik mengabiskan sehari dengan aktiviti menidurkan diri. hari ni je lain ckit sebab smpt lg berblog...ngeh..ngeh..ngeh...
bosan kalau sakit..tapi ia ujian tuhan buat kita..nk tgk kita sabar ke tak..semua org di dalam keluargaku ini skang kureeng sihat..fawwaz..thaqif...masing-masing idung mengeluarkan air..huhuhu...
petang ni pegi amik ubat adik lak....flu + ekzema (betul ke aku eja?)belasah je lah labu...
ok murid-murid...minta maap yer..chekgu cuti 2 ari...

Saturday, June 5, 2010

shahir

aku ni mmg tak ikut lgsg af8..tak tau apa pun pasal af8..tetiba terdengar lagu kebahagiaan dalam perpisahan.........pastu tetiba jer jadi terminat pulak dkt lagu ni...sedap dengar bukan ader ape pun...so terus google cari lagu tu... minat pulak kat shahir..hehehe

Thursday, May 27, 2010

kalau aku....

Ya Allah....
kalau panjangkan lah umurku..
kerana aku ingin mencurahkan sepenuh kasih sayang dan belaian kepada anak-anakku...kerana aku ingin membesarkan mereka dengan tanganku sendiri..kerana aku ingin mencorakkan mereka..kerana aku ingin melihat mereka membesar...kerana aku masih belum puas memeluk mereka....kerana aku belum puas memandang wajah comel mereka...kerana AKU TERAMAT SAYANG kepada mereka...

Apsal aku ni???emosional tetiba...bukan apa ..petang tadi dapat msg kawan kpd kawan baru meninggal...anak masih kecil-kecil..so rasa sangat sedih....kesian budak-budak tu dah tak ada mama...
.
.
.
Al fatihah...
(sampai masa pasti jua akan ke sana)

Wednesday, December 23, 2009

banyaknya sawang...

hello!!!!
lamanya tak update blog..sungguh tak ada masa nak godek-godek di sini...
ingat cuti sekolah lama ni boleh la nak update blog sikit-sikit..tapi tak sempat langsung..banyak nak story, banyak nak cerita..hehehe..tak lama lagi dah nak deliver baby..nampak gaya kali ni pun boy jugak..takm kesah la, janji sihat...
last wat check up hari tu, nurse bising sebab berat badan dok naik...check2 ...alamak!!!ada kencing manis..tak der la sampai tahap serius, tapi still kena control makan.Abg Z dok bising, siap warning, lepas ni minum milo sehari sekali jer!!aiii..dia pun dah jadi pegawai diet peribadi aku..yang dia tu tak reti2 nak diet.
Tak lama dah nak deliver nih, takut la pulak..tapi kalau boleh tak mau amik epidural macam dulu la..nak rasa tengok macam mana.
cuti hari tu, lepas kenduri Din pi round KB dulu baru balik..lepas tu round Zoo Taiping lak..actually aku ni bila berjalan rasa tak larat sangat, tapi ku gagahkan jua sebab memang hobiku berjalan, ronda-ronda...
ok sampai sini ja..nanti sambung pulak

Friday, May 1, 2009

Keguguran

Sudah lama sy ingin bercakap tentang ini..tapi masih tiada mood yang teramat-amat..untuk pengetahuan baru-baru ini sy mengalami keguguran kali ke 2 pada tahun ini ketika usia kandungan menginjak ke 8 minggu..sedih memang la sedih..tapi saya redha dengan ketentuaanya...tapi sy masih tidak dapat menerima kenapa sy jadi begini?apa sebabnya.pada bulan 1 yang lepas juga, saya mengalami keguguran kali pertama ketika kandungan berusia 12 minggu.Mungkin tiada rezeki lagi buat kami.Apa pun sy masih bersyukur punya seorang cahaya mata yang sangat pintar..dialah pengubat kesunyian kami berdua.
Cuma, apa yang masih membelenggu sy ialah, punca-punca keguguran...dua kali berturut-turut.mengikut pembacaan sy, keguguran di awal kehamilan berpunca daripada janin yang tidak sihat...mungkin ya..atau sy risau jika sy mempunyai penyakit-penyakit lain yang masih lagi tidak dapat dikesan...kalau begitu, adakah sy akan berpeluang mempunyai anak lagi??apa yang pasti sy kena jalani hidup seperti biasa.tak boleh stress...dan sy telah pun mengambil asid folic sebagai persediaan....mana tau..kot2 ada lagi...

Wednesday, April 15, 2009

Kisah cuti sekolah






ni kisah masa cuti sekolah bulan 3 hari tu.My family pegi rumah abang di Shah Alam.So jumpa la my cute little niece, Amylia Nabila..bukan main seronok lagi dia boleh jumpa 'adik was' (panggilan manja untuk anakku)..
dan..sempat la jugak kami ke zoo negara..rasanya anak akulah yang paling excited sekali..maklumla dia taksub sangat dengan animal-animal ni...habis satu zoo dia pusing..tak penat pulak tu..mama ngan abah je yang capek...
Enjoy the pic..

Monday, September 15, 2008

Azam before raya

Sekarang ni bila kerja pun kepala asyik fikir apa preparation untuk sambutan hari raya tahun ni.Ingat nak cat living room rumah kami. Tapi tak tahu sempat ke tak. Langsir memang tak tukar..sebab nampak ok je lagi. Yang pasti tahun ni beraya dengan sofa baru..hehe.Bukan beli sebab raya, tapi beli sebab sofa lama tu memang dah boleh pakai dah. Fawwaz pun asyik merungut je, dah tak sedap duduk kat sofa. Ingat lagi raya ni nak buat kuih sikit...Tah sempat ke tidak. Hope jugak raya this year sempat jumpa teman-teman lama..saya pun dah pakai ringtone raya untuk handphone....semangat nye raya kali ni..lebih-lebih lagi tahun ni kami beraya di Baling..

Hari Raya Preparation

Tinggal a few days lagi seluruh umat islam seluruh dunia akan menyambut hari kebesaran kita, hari raya. Dan pastinya kaum ibu paling sibuk menyediakan pelbagai keperluan untuk diri sendiri dan anak-anak untuk sambutan hari raya. Saya macam biasa la,last week my husband and me pergi beli baju raya for our little one, FAWWAZ EIMAN. Memang plan tak nak bawa dia because kalau bawa semua plan akan jadi KO! So Fawwaz terpaksa la ditinggalkan kejab dengan my mother in law..Thanks mum..
Kami bertolak pagi, so sampai store pun pagi la jugak sebab bukan jauh sangat pun alor star dengan pokok sena tu. Masuk je kids department..mak ai...ramainya umat..kaum ibu dan bapa with their kids busy memilih baju raya. Budak-budak la yang paling excited. Ada yang nangis, ada yang berlari, ada yang terduduk, ada yang merajuk...macam-macam hal. NAsib baik kami hanya berdua, kalau tak mesti pening kepala. So i've more time to spend untuk choose baju raya for Fawwaz..Puas la pilih dapat jugak la 4 shirt & 1 jeans .Jeans beli 1 je sebab dah beli dah kat tempat lain.
After that pegi cari baju untuk "mama" fawwaz pulak..hehehe....yang ni amik masa paling lama sampai my hubby dah berapa kali keluar masuk store..Apa yang saya dapat? 2 pairs baju kurung with labuci and 1 blouse..sukanya hati!